Wednesday, 6 March 2013

the significant of Umra'

Assalamualaikum

Lama plak tak update..

Well, tajuk kat atas tu mungkin serius tapi aku tak nak cakap something yang serius sangat.Aku tulis ni pun sebab hati aku tergerak nak cakap pasal umrah ni.(nak pegi lagi)

Sekarang ni kalau diikutkan dah ramai yang dah pegi mengerjakan umrah. Alhamdulillah sebab dah ramai yang mampu mengerjakan ibadat yang satu ni. Biasanya orang cakap kalau dah pegi sekali rasa macam nak pegi lagi. Memang betul pun.

Cuma yang tak bestnya bila ada sesetengah orang yang pegi sana sebab tak nak kalah dengan orang lain yang dah pegi sana(in other words-DENGKI).Tak baik kalau nak dengki2 ni.Kita nak pegi umrah bukan sebab nak kalahkan orang lain atau apa2 pun tapi kita pegi sebab nak melawat rumah ALLAH.Lagipun umrah kan bermaksud ziarah. Waktu pegi umrah la kita berpeluang untuk melawat tempat2 bersejarah (macam Gua Hira',Jabal Rahmah and etc). Dan waktu ni la kita berpeluang untuk mengenali Rasulullah S.A.W dan sahabat.

Sebaik-baiknya kita gunakan peluang untuk pegi Umrah ni dengan tambah ilmu pasal Islam,pasal Mekah dan lain2. And, bila kita balik umrah plak jangan lupa untuk ambil semangat untuk beribadah sampai balik Malaysia. Jangan plak bila kita dah sampai sini kita ubah balik perangai macam yang asal(macam sebelum pegi umrah).Teruskan semangat untuk buat ibadat macam kita ada di Mekah.(sapa yang dah pegi umrah mesti ingat suasana semasa masuk waktu solat.semua orang serbu Masjidilharam macam orang kita serbu nak tengok bola kat stadium)

So,bagi aku umrah adalah kayu pengukur untuk aku ubah diri aku menjadi lebih baik daripada sebelum ni.Rugi sangat2 kalau kita masih berada di tahap yang sama seperti sebelum mengerjakan umrah.Kalau tak buat rugi duit mak pak ja yang sanggup perabih duit nak bawak kita p sana(keluaq loghat Kedah dah)

Anyway,bawah ni ada gambar aku masa pegi umrah tahun 2011 dulu
tanah arab (waahhhh.... mula start excited giteww)

                                                    
 the whole team (uugghhh...i mean the whole family yg pegi umrah..lol)


 aku and the whole family makan banyak ice cream ni kat sana.. macam pegi sana sebab nak makan ice cream plak padahal sepatutnya pegi wat umrah
LOLzz


 Masjid Nabawi (masjid ni cantikkk saaaangggaatt)


 jumpa ni kat luar Masjidil Haram (bajet...tiba-tiba rasa cam duduk kat London plak)
ahakss..(gedik)



Jam besar (bukan jam besar sp kayy)


p/s - congrats team pantun SMK Convent Father Barre..wish you luck for peringkat negeri..